Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Menu Harian , easy as A, B, C.

Masak Rebus Lobak Putih


BAHAN-BAHAN :
1 batang lobak putih
1o ekor ikan bilis
2 biji bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu lada hitam ,tumbuk
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1.kupas lobak dan potong nipis
2.hiris bawang, kopek ikan bilis
3.Masukkan bawang,bawang putih, lada hitam dan ikan bilis dalam periuk dan didihkan di atas api .
4.Bila air telah mendidih masukkan lobak, tutup periuk biar empuk.
5.Perasakan dengan sedikit garam
6.sedia untuk di hidangkan

Masakan ini sesuai untuk ibu dalam pantang dan ibu dalam penyusuan kerana masakan ini berkhasiat untuk meperbanyakkan air susu ibu

January 26, 2011 Posted by | menu pantang, sayuran | Leave a Comment

Bayam Rebus

BAHAN-BAHAN :
1 ikat daun bayam ( RM 1.00)
1o ekor ikan bilis atau udang kering
2 biji bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
1 cili hijau / merah
sedikit gula
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1.Siang sayur bayam, kemudian rendam. bubuh sedikit garam *basuh bersih.Toskan
2.hiris bawang, kopek ikan bilis
3.Masukkan bawang dan ikan bilis dalam periuk dan didihkan di atas api .
4.Bila air telah mendidih masukkan bayam tadi dan lada
5.Perasakan dengan sedikit gula dan garam
6.Bila telah agak lembut bayam .tutup api
7.sedia untuk di hidangkan

Tip;
1.Masakan ini sangat mudah, sesuai untuk adik yang bersekolah pondok yang memerlukan masa yang pendik untuk memasak
2.Masakan ini sangat sesuai untuk orang sakit kerana tanpa minyak ,dan yang berdiet juga.
3.Variasikan masakan. Gantikan bayam dengan daun asin-asin/pucuk manis, kobis, sawi, lobak putih,bayam merah, bende,kacang botor ataupun kacang panjang
4.Boleh di campurankan lobak merah dan bayam atau kobis dan lobak merah atau tahu dan sawi
5.Untuk perempuan dalam pantang sayur rebus sawi dan lobak putih sangat di galakkan

*Bayam perlu di cuci dengan penuh hati-hati kerana banyak pasir yang melekat.
jika anda selesai masak dan kacau sedikit didasar periuk. Jika berbunyi pasir bermakna anda tidak mencuci nya dengan teliti.Jangan ambil kuah hingga kedasar.

January 26, 2011 Posted by | Kesihatan, menu pantang, sayuran | Leave a Comment

Kerabu (Green Apple Salad)

Bahan-Bahan

2 biji apple hijau   -hiris

1 bawang merah  – hiris
1 keret – hiris
1.bunga kantan-hiris
1 sudu air limau atau cuka

1 biji lada merah -hiris

Sedikit garam dan gula

Cadangan Masakan

Campurkan semua bahan dan biarkan 15 minit sebelum makan. Tambahkan cili jika ingin lebih pedas

Masakan ini cukup mudah, sangat bagus untuk mereka yang berdiet.Sebiji apple sehari boleh mengatasi banyak masaalah penyakit.Untuk diet hanya tambah sedikit sahaja garam tanpa gula

Untuk ibu yang dalam pantang pun bagus juga tetapi tanpa lada

January 6, 2011 Posted by | Kesihatan, menu pantang, sayuran | Leave a Comment

Ayam Golek Simple

3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
3 batang serai
1 inci halia dan lengkuas
1 sudu besar serbuk kari
1 ekor ayam
1 cawan santan

Cara-cara

1. rebus ayam separuh masak bersama garam dan serbuk kunyit.

2.tos kan ayam lalu digoreng hingga masak.atau bakar bersama2 dengan bahan2  tumis

3. mesin semua bahan2 lalu ditumis hingga garing dan naik minyak.

4. masukkan santan dan ayam  atau selepas  tumis bahan2 tadi  lumurkan  bahan tumis pada  ayam dan dibakar

5. ratakan ayam bersama kuahnya sambil rasa asam garam dan gula secukup rasa

March 24, 2010 Posted by | Ayam | Leave a Comment

Ayam Pedas

Bahan:

6 keping paha ayam
1/2 camt serbuk kunyit
1/2 camt garam
200 ml minyak


12 tangkai cili kering (dibuang biji & direndam) }
10 ulas bawang merah } dikisar
3 ulas bawang putih }
2 cm halia }
1 cm lengkuas }

1 keping asam gelugur
250 ml air
garam & gula secukupnya

 

Cara;

Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 1 jam.

Panaskan minyak, goreng ayam sampai masak. Angkat dan tuskan. Keluarkan separuh minyak, panaskan semula.

Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan pula asam gelugur, garam, gula dan air. Biar menggelegak selama 5 minit. Kemudian letak ayam goring tadi, kacau rata. Biar mereneh hingga ayam masak.

 

 

September 5, 2007 Posted by | Ayam, Sambal | 4 Comments

Masak Lemak Kobis

Bahan;

300 gm kobis atau sayuran lain
1/2 biji kelapa- perah santannya
Sedikit ikan bilis atau udang kering
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah- dihiris
Garam, gula secukup rasa

Cara membuat:

Tumbuk ikan bilis dan bawang merah hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk


Tuangkan santan cair dan dikacau rata. Jerangkan dengan api perlahan.
Apabila mendidih, masukkan kobis, cili merah dan garam.


Setelah kobis agak lembut masukkan santan pekat, kacau rata dan tutupkan api.

——————————————————————————

note

1.Setiap kali memasak gulai yang menggunakan santan seperti ini, anda perlu sentiasa mengacau kuahnya supaya tidak pecah minyak. Api pula hendaklah kecil sahaja.

2.Kobis Cina digalakkan,kerana rasanya lebih manis

 

___________________________________________________________

Masakan ini sesuai untuk orang yang dalam pantang. Lebih baik tanpa santan dan cili bagi berpantang lepas bersalin .Rebus air sahaja.Gunakan ikan bilis untuk perencah.

September 4, 2007 Posted by | sayuran | Leave a Comment

Bende Rebus dengan Ikan Bilis

bahan-bahan:
10 biji bende,cuci
10 ekor ikan bilis, dibersihkan ,tumbuk
1 ulas bawang putih, hiris
2 ulas bawang merah/besar, hiris
1 biji lada merah, hiris
1 mangkuk air
garam,gula, kalau suka

cara memasak:
masukkan semangkuk air ke dalam periuk dan masukkan ikan bilis, semua bahan-bahan yg dihiris, didihkan beberapa minit, sehingga hilang bau lada dan bawang mentah. masukkan bende dan didihkan sampai masak. rasakan garam/gulanya dan sedia untuk dihidang. Jika suka boleh masukkan sekeping asam keping.


September 4, 2007 Posted by | sayuran | Leave a Comment

Sotong Masak Tomato

Bahan-bahan:
6 ekor sotong putih -

2 ulas bawang merah kecil, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1/2 sudu besar serbuk cili
1 labu bawang besar, potong 4 atau 6

1 sudu asam jawa
2 sudu besar sos cili

gula, garam secukupnya

Cara memasak :

Panaskan sedikit minyak untuk menumis.

Tumiskan semua bahan yg dihiris sampai layu, kemudian masukkan serbuk cili.

Tumis lagi sampai sedikit kering; dalam 1/2 cawan. Didihkan sekejap.Masukkan sos . Didihkan lagi.

Masukkan bawang besar dan sotong. Masak lagi dalam 10 minit, atau sehingga sotong betul-betul masak. Rasakan masam, manis dan masinnya.

__________________________________________________________

note;

untuk mengelakkan sambal sotong cair.Setelah dibersihkan dan dipotong, rendam selama 5 minit dalam air mendidih.Air ini jangan dibuang.Air ini boleh digunakan semasa memasak.

September 4, 2007 Posted by | Sotong | 2 Comments

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan:

1 cawan ikan bilis – dicuci, toskan dan goreng
1 labu bawang besar – potong kasar sedikit

kisar:
10 tangkai cili kering, direndam air panas dlm 15 minit
5 ulas bawang merah kecil
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan (ikut suka)

1 sudu keping asam jawa
gula melaka, secukupnya
garam, secukupnya

Cara ;:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik baunya. masak sampai sedikit kering, kemudian masukkan air. (ikut suka — kalau suka berkuah lebih, banyakkan airnya dan kalau suka sambal yang pekat, kurangkan.)

Masukkan air asam, gula , dan bawang besar tadi. Masak sampai bawang layu. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan kacau rata. Rasakan asam/garam dan manisnya. .


September 2, 2007 Posted by | Ikan, Sambal | 2 Comments

Sambal Kicap

 

1 biji bawang besar, di hiris nipis

1 biji cili dihiris nipis

Kicap masin/ manis secukupnya

Sedikit air limau nipis/kasturi/cuka

 

____________________________________________________

 

Note; sedap dimakan dengan ikan bakar

August 30, 2007 Posted by | Sambal | Leave a Comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.