Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Menu Harian , easy as A, B, C.

Lepas Bersalin


Masakan yg sesuai untuk orang lepas bersalin adalah yg tidak mengandungi minyak (bukan goreng) atau bersantan. Jenis ikan yg lazim dimakan adalah bawal putih, tenggiri, siakap dan haruan (baik untuk menyembuhkan luka dalaman). Sayuran jenis sejuk (kubis, timun dll) atau ‘berangin’ (petola, labu dll) juga tidak digalakkan. Begitu juga dengan sesetengah buah-buahan (dilarang makan anggur sama sekali sebab ia ‘dingin’). Lebihkan minum susu, air suam dan ulam-ulaman (yg tertentu saja).

 

 

SINGGANG HARUAN

250ml air
3 biji bawang merah, dibelah 4
1 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugur
sedikit garam
1 ekor ikan haruan, dipotong 4
1/2 camt asam jawa
2 biji cili merah, dihiris menyerong

Dikisar halus:
4cm halia
2cm kunyit
1/2 camt lada hitam
2 ulas bawang putih

Lumur ikan dengan asam jawa, biar 10 min kemudian bersihkan. Bakar/gril ikan hingga masak. Jerang semua bahan kecuali ikan hingga mendidih dan pekat. Masukkan ikan dan cili merah kemudian biar 2-3 min sebelum diangkat.


 

 

 

 

 

 

 

 

SIAKAP ENAK

1 camt asam jawa + 200 ml air
1 labu bawang besar, dadu
4 cm halia, hiris halus
4 ulas bawang putih, hiris halus
2 camt serbuk jintan putih
1 camt lada hitam, tumbuk kasar
1 camt rempah kari ikan
sed. hirisan daun ketumbar
1 ekor siakap, perap dengan garam, kukus hingga masak

Jerang semua bahan kecuali ikan dan daun ketumbar hingga mendidih dan kuahnya agak pekat. Bila hendak menghidang, letak ikan dalam pinggan dan tuangkan kuahnya. Taburkan daun ketumbar.

 

8 Comments »

  1. tq, akn dicuba masa pantang nanti. due jun 09…

    Comment by mamanini | March 20, 2009 | Reply

    • Didoakan ada selamat melahirkan dan jagalah kesihatan waktu dalam pantang.Berpantang akan memberi impak kesihatan yang baik untuk masa tua. Ibu muda sekarang banyak yang menyunggut bila suruh berpantang…………

      Comment by cook4u | April 11, 2009 | Reply

  2. salam… terima kasih terutama resepi siakap tu… memang saya sedang mencari lauk berpantang selain ikan haruan… siakap tu pasti akan dicuba…. elok kalo ada resepi lain dalam berpantang… tq

    Comment by jullz | December 1, 2009 | Reply

    • Terima kasih, saya akan cuba menambah koleksi.

      Comment by cook4u | December 25, 2009 | Reply

  3. [...] Lepas Bersalin [...]

    Pingback by 2010 in review « Cepat Dimasak Sedap Dimakan | January 6, 2011 | Reply

  4. […] Lepas Bersalin […]

    Pingback by Review Award 2010 « Cepat Dimasak Sedap Dimakan | May 18, 2013 | Reply

  5. Hi,What is the meaning of camt is it tea spoon or table spoon? Thanks

    Comment by Lee | May 30, 2013 | Reply

    • Camt similar to tea spoon
      camca similar to table spoon

      Comment by cook4u | July 3, 2013 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: