Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Menu Harian , easy as A, B, C.

Resepi Kenduri/Open House


MEMASAK UNTUK RUMAH TERBUKA

cara-cara untuk memasak dalam kuantiti yang banyak terutama jika kita hendak memasak nasi buat makan 50 orang. Ayam berapa ekor,daging berapa kilo. Jika memasak ayam atau daging okkah tidak memasak pada malamnya .sebelum majlis besoknya?


Secara amnya, terdapat beberapa faktor yg perlu diambilkira bila menyediakan jamuan yg melibatkan tetamu yg ramai. Biasanya orang-orang di kampung makan lebih banyak nasi dari orang-orang di bandar?

Contohnya, nasi utk orang kampung seramai 50 orang adalah 16 pot (tin susu beras yg kecil, lebihkurang 280 g = 1 pot) manakala utk orang bandar seramai 50 orang adalah 14 pot. Jika tetamu itu semuanya dewasa atau separuhnya kanak-kanak, puan perlu membuat perubahan yg perlu.

Jika purata 50 orang = 15 pot = 4.2 kg beras. Jika beras Basmathi (utk nasi beriani, nasi minyak, nasi tomato dll) perlu dilebihkan kerana berasnya tidak kembang seperti nasi biasa.

ANGGARAN UMUM 10 KILO BERASMATHI UNTUK 100 ORANG

Bagi ayam pula, bergantung pada saiznya. Lazimnya, utk membuat kari atau kurma, kita memotong seekor ayam menjadi 12 bahagian. Seandainya seorang mengambil satu bahagian, kita perlukan 4 1/2 atau 5 ekor. Perlu diperhatikan di sini, kari juga mempunyai kentang, tomato dll yg akan “menambah” lauk kari itu sendiri.

Untuk daging, terpulang pada berapa keping atau ketul yg dipotong. Selalunya, utk 50 orang, puan perlukan 3-4 kg daging. Untuk rendang, mungkin lebih sedikit. Dapatkan daging batang pinang yg mudah empuk. Jika memasak kurma atau kari, masukkan ubi kentang anggaran 2 kg.

Manakala bagi sayur, bergantung juga pada jenis resepinya. Selalunya, jikalau hendak membuat acar mentah (jelatah), gunakan 5 biji timun, 4 batang lobak merah dan 3 labu bawang besar. Semuanya adalah anggaran kerana sukar utk mendapatkan sukatan yg tepat (kecuali seseorang itu membuat perniagaan “catering”)

Jika ingin memasak ayam untuk Masak Merah, contohnya, adalah boleh menggorengnya terlebih dulu pada malamnya dan mengisar semua bahan yg diperlukan sebelum menumis keesokan paginya. Untuk kurma atau kari, boleh juga mengukus ayam yg dicampur sedikit garam dan diletak di dalam loyang (supaya airnya boleh terkumpul) pada malamnya sebelum dimasukkan ke dalam kuahnya (yg ditumis pagi hari). Daging untuk rendang lazimnya dimasak pada malamnya kerana ini akan membuat rendang itu lebih enak. Ini adalah sebagai panduan asas. Bila kita sudah seringkali menyediakan makanan utk tetamu yg ramai, dengan sendirinya akan menjadi lebih arif.

Usah terlalu risau jika makanan tidak mencukupi ,di nasihatkan agar menyediakan bahan asas membuat Mee/Bihun Goreng, contohnya, kerana jika tetamu datang lebih dari jangkaan (nasi/lauk habis cepat), kita berupaya menghidangkan Mee/Bihun Goreng dalam “sekelip mata.”


Di anggarkan 1 paket mee (500 g) adalah utk 5-6 orang dewasa (100 g seorang). Sila ambil kira jikalau ada makanan lain yg turut dihidangkan.

 

 

 

 

16 Comments »

  1. Asalamualaikum,

    Firstly, let me thank you for putting this info in ur blog. Ive been searching for this but never thought dat someone would be kind enough to post this up.

    This will help me alot

    Thanks again.

    P/S can I post this in my blog ? ( Ive only just started to blog fearing after years of wanting to but never make an effort to do so.)

    Comment by Dzya | January 19, 2010 | Reply

    • Waalikumusalam, better you write on the new topic, if you think this info good and wanted others to know just links to my blog. So readers not boring read on the same info. That is my opinion

      Comment by cook4u | February 1, 2010 | Reply

  2. Terima Kasih untuk info yang sgt berharga. Keep on writing!

    Comment by Neddie | January 28, 2010 | Reply

    • Thanks

      Comment by cook4u | February 1, 2010 | Reply

  3. Sangat berguna info anda, memudahkan 2/3 x open house saya tiap tahun. Thank u so much.

    Comment by shida | July 22, 2010 | Reply

  4. Salam,tgh survey apa nak masak n tips2nya untuk buat my first open house raya nanti,come across page ni.berguna sungguh.thanks!

    Comment by sha | August 10, 2010 | Reply

    • Okey,moga anda sukses!!!

      Comment by cook4u | August 13, 2010 | Reply

  5. [...] Resepi Kenduri/Open House [...]

    Pingback by 2010 in review « Cepat Dimasak Sedap Dimakan | January 6, 2011 | Reply

  6. salam…
    Info yang sangat berguna..
    Terima kasih

    Comment by phoenixbangkittikah | September 7, 2011 | Reply

  7. Terima kasih.. info yang sangat bermanfaat

    Comment by Kurma | September 9, 2011 | Reply

  8. As salam……alhamdulillah…..bagus tuk org mcm sy..

    Comment by azura salim | September 13, 2011 | Reply

  9. salam
    nak tnye klu masak asam pedas untuk 100kg ikan pula,harus menggunakan cili kering brp kg?

    Comment by Siti Noraini Misbah | October 10, 2011 | Reply

  10. Assalamualaikummm…

    Wuah sangat berguna artikel ni. Thanks tuan umahh :D

    Saya ni 1st time nak buat makan2 utk 50org sempena besday my lil prince yg pertama…nasib baik bila google jumpa link ni. Thanks a lot!! :D

    Comment by ciarere baha | October 17, 2011 | Reply

  11. mcm mn sukatan dalca sayur utk 100 org..jelatah utk 100 org?

    Comment by alia | November 23, 2011 | Reply

  12. salam.. terima kasih atas ilmu yg d beri…

    Comment by amie | December 7, 2011 | Reply

  13. thnks a lot. info yg sgt membantu saya.wink*

    Comment by nadiah | January 24, 2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.