Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Menu Harian , easy as A, B, C.

Rahsia Masakan Sedap

1.RAHSIA TEH TARIK

Mami bertanya kepada kekawan rahsia sedap minum teh.Especilly hidangan mamak

.
Pertama, rahsianya, mereka menggunakan campuran lebih 10 jenis daun teh (dlm kuantiti rahsia yg ‘diperfectkan’ sendiri oleh mereka). Mungkin ia kombinasi teh cap R, S, T, U, V, W, X, Y, Z… (mampukah kita menyediakan ini di rumah??)

Kedua, mereka hanya menggunakan susu pekat manis dan susu cair. Jika suka manis, lebihkan susu pekat manis. Susu cair akan memberikan “buih” bila teh itu ditarik. Ada juga yg mencampurkan sedikit krimer (dlm bentuk serbuk) utk memberikan rasa lemak.

Ketiga, minuman itu dikacau/dibancuh dengan sebatang sudu yg sengaja dicelupkan di dalam sebuah ‘kole’ berisi air garam! Sudu ini digunakan berulangkali sepanjang hari, dan titisan air garam yg terlekat pada sudu itulah yg memberikan rasa “ummph” atau “kaw” pada teh tersebut. Harap bolehlah “buka” warung teh tarik sendiri dirumah….

2.BEBOLA IKAN

Membuat bebola ikan ,semua bahan digaul dan dimasukkan ke dalam mangkuk seramik yg besar. Kemudian isi ikan itu ‘dilemparkan’ ke bahagian dalam mangkuk berulangkali hingga ia menjadi kenyal/ elastic dan mudah dibentuk. Kadangkala, gumpalan isi ikan itu ‘dilemparkan’ ke atas papan pencanai yg besar hingga kekenyalan yg sempurna diperolehi.

Ikan yg digunakan iaitu tenggiri berharga agak mahal. Fishball juga boleh diperbuat dari ikan parang atau sebarang ikan yg tidak banyak tulang, tetapi jika anda menggunakan isi ikan yg kemerahan seperti kembung, selar dll, fishball tidak menjadi putih. Ikan berisi merah hanya sesuai utk membuat keropok lekor.

3.MEMBUAT AISKRIM

Tambahkan saja 1/2 tin jagung berkrim utk resepi asas aiskrim,

4.MEMBUAT ABC

ABC adalah campuran cendol, jagung berkrim, kacang merah rebus, agar-agar, cincau dll (ikut suka). Untuk bahagian “atas” pula, selain ais sagat adalah susu cair, susu pekat, air gula melaka dan sirap merah.

May 18, 2013 - Posted by | Rahsia Masak | , , ,

1 Comment »

  1. teh tarik rasanya sangat nikmat, uenak banget, cara buatnya juga unik ya? rasanya jadi khas, kental , hmmm suedap bener

    Comment by Rahmat | March 10, 2014 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: