Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Menu Harian , easy as A, B, C.

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan:

1 cawan ikan bilis – dicuci, toskan dan goreng
1 labu bawang besar – potong kasar sedikit

kisar:
10 tangkai cili kering, direndam air panas dlm 15 minit
5 ulas bawang merah kecil
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan (ikut suka)

1 sudu keping asam jawa
gula melaka, secukupnya
garam, secukupnya

Cara ;:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik baunya. masak sampai sedikit kering, kemudian masukkan air. (ikut suka — kalau suka berkuah lebih, banyakkan airnya dan kalau suka sambal yang pekat, kurangkan.)

Masukkan air asam, gula , dan bawang besar tadi. Masak sampai bawang layu. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan kacau rata. Rasakan asam/garam dan manisnya. .


Advertisements

September 2, 2007 Posted by | Ikan, Sambal | 5 Comments

Asam Pedas Rebus

Bahan;

2 – 3 ekor ikan kembung
2 sudu besar asam jawa
400ml air
1 batang serai, dititik
garam secukup rasa

Giling:
10 tangkai lada kering
1 sudu kecil belacan
6 ulas bawang merah

 

Cara,

1.Cili Kering direbus dan di tumbuk lumat/blander.Jika tidak suka pedas boleh dikurangkan bilangannya.

2.Lumatkan bawang merah dan belacan.

3.Masukkan semua bahan tumbuk dan serai dengan 400ml air asam .

4. Apabila mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa. Biarkan ikan masak, jika suka boleh tambah  dengan buah tomato, tutup api dan hidang.

___________________________________________________________

Note:

Masakan jenis ini sesuai untuk mereka yang berpantang,cuma jangan dimasukkan cili dan belacan.Gunakan ikan cencaru, ikan bawal,  ikan merah dll dari jenis yang tidak gatal

August 30, 2007 Posted by | Ikan | Leave a comment