Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Menu Harian , easy as A, B, C.

Masak Rebus Lobak Putih


BAHAN-BAHAN :
1 batang lobak putih
1o ekor ikan bilis
2 biji bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu lada hitam ,tumbuk
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1.kupas lobak dan potong nipis
2.hiris bawang, kopek ikan bilis
3.Masukkan bawang,bawang putih, lada hitam dan ikan bilis dalam periuk dan didihkan di atas api .
4.Bila air telah mendidih masukkan lobak, tutup periuk biar empuk.
5.Perasakan dengan sedikit garam
6.sedia untuk di hidangkan

Masakan ini sesuai untuk ibu dalam pantang dan ibu dalam penyusuan kerana masakan ini berkhasiat untuk meperbanyakkan air susu ibu

January 26, 2011 Posted by | menu pantang, sayuran | Leave a comment

Bayam Rebus

BAHAN-BAHAN :
1 ikat daun bayam ( RM 1.00)
1o ekor ikan bilis atau udang kering
2 biji bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
1 cili hijau / merah
sedikit gula
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1.Siang sayur bayam, kemudian rendam. bubuh sedikit garam *basuh bersih.Toskan
2.hiris bawang, kopek ikan bilis
3.Masukkan bawang dan ikan bilis dalam periuk dan didihkan di atas api .
4.Bila air telah mendidih masukkan bayam tadi dan lada
5.Perasakan dengan sedikit gula dan garam
6.Bila telah agak lembut bayam .tutup api
7.sedia untuk di hidangkan

Tip;
1.Masakan ini sangat mudah, sesuai untuk adik yang bersekolah pondok yang memerlukan masa yang pendik untuk memasak
2.Masakan ini sangat sesuai untuk orang sakit kerana tanpa minyak ,dan yang berdiet juga.
3.Variasikan masakan. Gantikan bayam dengan daun asin-asin/pucuk manis, kobis, sawi, lobak putih,bayam merah, bende,kacang botor ataupun kacang panjang
4.Boleh di campurankan lobak merah dan bayam atau kobis dan lobak merah atau tahu dan sawi
5.Untuk perempuan dalam pantang sayur rebus sawi dan lobak putih sangat di galakkan

*Bayam perlu di cuci dengan penuh hati-hati kerana banyak pasir yang melekat.
jika anda selesai masak dan kacau sedikit didasar periuk. Jika berbunyi pasir bermakna anda tidak mencuci nya dengan teliti.Jangan ambil kuah hingga kedasar.

January 26, 2011 Posted by | Kesihatan, menu pantang, sayuran | Leave a comment

Kerabu (Green Apple Salad)

Bahan-Bahan

2 biji apple hijau   -hiris

1 bawang merah  – hiris
1 keret – hiris
1.bunga kantan-hiris
1 sudu air limau atau cuka

1 biji lada merah -hiris

Sedikit garam dan gula

Cadangan Masakan

Campurkan semua bahan dan biarkan 15 minit sebelum makan. Tambahkan cili jika ingin lebih pedas

Masakan ini cukup mudah, sangat bagus untuk mereka yang berdiet.Sebiji apple sehari boleh mengatasi banyak masaalah penyakit.Untuk diet hanya tambah sedikit sahaja garam tanpa gula

Untuk ibu yang dalam pantang pun bagus juga tetapi tanpa lada

January 6, 2011 Posted by | Kesihatan, menu pantang, sayuran | 1 Comment

Masak Lemak Kobis

Bahan;

300 gm kobis atau sayuran lain
1/2 biji kelapa- perah santannya
Sedikit ikan bilis atau udang kering
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah- dihiris
Garam, gula secukup rasa

Cara membuat:

Tumbuk ikan bilis dan bawang merah hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk


Tuangkan santan cair dan dikacau rata. Jerangkan dengan api perlahan.
Apabila mendidih, masukkan kobis, cili merah dan garam.


Setelah kobis agak lembut masukkan santan pekat, kacau rata dan tutupkan api.

——————————————————————————

note

1.Setiap kali memasak gulai yang menggunakan santan seperti ini, anda perlu sentiasa mengacau kuahnya supaya tidak pecah minyak. Api pula hendaklah kecil sahaja.

2.Kobis Cina digalakkan,kerana rasanya lebih manis

___________________________________________________________

Masakan ini sesuai untuk orang yang dalam pantang. Lebih baik tanpa santan dan cili bagi berpantang lepas bersalin .Rebus air sahaja.Gunakan ikan bilis untuk perencah.

September 4, 2007 Posted by | sayuran | 3 Comments

Bende Rebus dengan Ikan Bilis

bahan-bahan:
10 biji bende,cuci
10 ekor ikan bilis, dibersihkan ,tumbuk
1 ulas bawang putih, hiris
2 ulas bawang merah/besar, hiris
1 biji lada merah, hiris
1 mangkuk air
garam,gula, kalau suka

cara memasak:
masukkan semangkuk air ke dalam periuk dan masukkan ikan bilis, semua bahan-bahan yg dihiris, didihkan beberapa minit, sehingga hilang bau lada dan bawang mentah. masukkan bende dan didihkan sampai masak. rasakan garam/gulanya dan sedia untuk dihidang. Jika suka boleh masukkan sekeping asam keping.


September 4, 2007 Posted by | sayuran | Leave a comment