Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Menu Harian , easy as A, B, C.

Kehamilan

Penjagaan kesihatan perlu di pantau seawal kehamilan lagi… Makanan yang di ambil perlulah mempunyai nilai nutrisi yang tinggi .Pengambilan makanan dengan kuantiti yang banyak tanpa mempunyai kualiti pemakanan yang baik akan memudaratkan kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan, Begitu juga penggunaan  produk kesihatan  diri  seperti sabun , ubat gigi ,syampo dan lain -lain pastikan  tiada kandungan bahan kimia  yang memudaratkan

Ramai juga bertanya …..adakah bentuk pemakanan mempengaruhi kehamilan ?

Jawapannya adalah benar

Sakit tidak akan datang dengan sendiri…..semuanya berpunca dari perut .

Adakah makanan menjadi masaalah untuk kehamilan ?

Pilih makanan yang ringkas waktu kehamilan seperti ulaman , salad dan rebusan sayuran ,, lobak rebus,sayur bendi rebus ,asam pedas rebus,

Untitled picture2

Penyebab Ketidaksuburan

1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.

2. Tanda – tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.

Untitled picture

 Penyebab lain

1. Saluran falopion terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.

2 Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.

baby+lahir+senyum

TIPS-TIPS DAN INFO

Tips Atasi Morning Sickness Bagi Ibu Hamil

Permulaan  kehamilan  Bagi sesetengah ibu yang mengandung,  akan menghadapi alahan  kesihatan yang di panggil sebagai morning sickness atau mabuk mengandung .Keadaan ini boleh di rawat dengan pengambilan ubatan yang sesuai. Rawatan Alternatif   sangat digalakkan kerana ianya bebas dari pengaruh dadah/drug  serta tanpa steroid..

Ibu mengandung  juga sangat digalakkan untuk  mengambil makanan yang  banyak mengandungi  khasiat kalsium dalam makanan .Kalsium sangat diperlukan untuk tulang dan  pembesaran bayi . Adakah anda perasaan ….banyak gigi wanita mengandung yang rosak?  Setiap wanita mengandung mesti menjalani pemeriksaan gigi oleh doktor gigi?  Apakah fenomena ini ?….Jawapan nya Wanita hamil perlu mengambil kalsium yang banyak.Jika kalsium mencukupi biasanya morning sickness akan dapat di hindarkan.

Waktu mengandung dinasihatkan supaya kurangkan makanan berminyak untuk kesihatan diri dan  kandungan. Ibu yang makan makanan berminyak  , akan memberatkan  fungsi tugas hati serta  akan menjejaskan kesihatan  Jika ibu mempunyai masaalah sedemikian ,biasanya anak mereka akan  menghadapi masaalah jaundice.

;Apa yang menyebabkan morning sickness?

1. Hormon rogesteron menyebabkan otot menjadi lebih relaks, termasuk otot sistem pencernaan. makanan akan berada lebih lama dalam sistem pencernaan dan boleh menyebabkan “angin”. Ia juga menghantar isyarat “muntah” kepada otak,

2. Masalah kelenjar tiroid   yang membawa kepada hyperemesis gravidum. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil mengalami muntah teruk hingga badan kering air dan perlu rawatan di hospital.

3. Keperluan nutrrisi seorang ibu bertambah….Anda tentu faham apa yang dimaksudkan  dengan istilah yang biasa ini …….. ..” KEPERLUAN BADAN DENGAN KEPERLUAN PERUT ”  Orang  kata ” KENYANG PERUT SUKA HATI” ….tapi sel dalam badan bukan meminta perut banyak di isi tapi ” AKU PERLUKAN NUTRISI “.

Studio_20191115_125441

Oleh itu, ibu mengandung memerlukan :- 

Vitamin yang mudah diurai dan diserap oleh tubuh – Zat-zat  seperti kalsium, vitamin B, zat besi,  yang diperlukan hampir 2 kali ganda semasa mengandung. Protein yang lebih dari biasa.Oleh itu, ibu mengandung dicadangkan mengambil vitamin yang berciri berikut :- 

Dibuat dan diproses secara semulajadi. Mengandungi nutrien penting yang kadangkala tidak dibekalkan oleh preskripsi klinik (Kebanyakan klinik memberi asid folik, bukan full spectrum B Complex).

Elakkan bahan-bahan sintetik terutama pewarna dan perasa

(cuba genggam vitamin yang anda ambil sekarang, adakah warnanya melekat di tangan? Awas pewarna tiruan!).

Adakah Mudah dicerna dan diserap oleh tubuh. ??

Adakah Tiada kesan sampingan.??

akah produk tertentu yang boleh membantu melegakan ibu?

*Berfikiran Positif. Kenalpasti makanan / Objek / Situasi yang menyebabkan Morning Sickness dan cuba elakkannya.

.

th

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

Waktu Mula Meneran

* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin

Anda boleh mendapatkan tip  cara penahanan nafas yang betul di dalam buku terbitan  ‘ PENYAKIT WANITA DAN RAWATAN HOMEOPATHY”

Jika ibu hamil silap meneran ,  meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

TEKNIK MENERAN SEMASA BERSALIN

1. Angkat kepala dagu cecah dada.

2. Mata pandang perut

3Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5. Masa teran , jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.Tarik nafas sedalam yang boleh  teran mcm nak buang air besar tanpa lepas nafas anda..teran sekuat yang terdaya selama yg boleh, Berhenti , curi nafas , sambung teran..tiap kontraksi cuba  3kali…time kontraksi je push sbb time tu baby pun gerak sama

.Jika  tak..ada kontraksi,relax…

7. baca bismilah dan selawat

8. tips tambahan: kongsi  tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa kerana menahan sakit.Bila husband dah tau senang la dia memberi panduan .

(Sorang suami akan setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik memberi isteri nya semangat}

 Untitledl

MUDAH BERSALIN

Anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Setiap wanita mengimpikan untuk memiliki cahaya mata sendiri. Namun, tidak dinafikan proses pelahiran atau bersalin yang dikatakan sangat memeritkan terutamanya ketika bersalin anak sulung menimbulkan perasaan takut kepada wanita yang akan bergelar seorang ibu. Ramai wanita mengandung dan yang teringin untuk memiliki cahaya mata, berharap agar proses kelahiran tersebut mudah dan cepat.

  1. Untuk mempercepatkan proses kelahiran, banyak melakukan  pergerakan. Misalnya, sekiranya kita baring, cuba untuk bangun dengan kerap tetapi perlahan-lahan.
  2. Membuang air kencing dengan kerap., pundi kencing yang penuh boleh melambatkan proses kelahiran dimana ia menghalang penurunan kepala.
  3. Alih perhatian  terhadap rasa sakit yang dialami. Antara caranya ialah dengan mandi menggunakan air suam atau air sejuk . .
  4. Sekiranya anda terlalu cemas dengan proses kelahiran terutamanya semasa kontraksi semakin kuat, cuba aplikasikan teknik-teknik pernafasan yang dipelajari di kelas antenatal.
  5. Anda boleh meminta pertolongan suami atau keluarga anda untuk mengurut bahagian belakang anda secara lembut  akan  mengurangkan rasa sakit yang dialami.
  6. Sekiranya anda tidak mahu berjalan-jalan, tukar posisi di atas katil. Anda boleh melakukan pergerakan seperti duduk kemudian berdiri, atau berjalan-jalan secara perlahan-lahan agar bukaan rahim lebih cepat terbuka, sekaligus mempercepatkan proses bersalin.
  7. Hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak bayi agar masuk ke saluran peranakan dengan betul.

MASALAH YANG SERING BERLAKU SELEPAS BERSALIN- DEPRESI

Selepas sahaja melahirkan bayi, hormon-horman di dalam badan anda sudah pastinya belum dapat berfungsi dengan seimbang. Ini serba sedikit akan menyebabkan perasaan depresi (tertekan) kepada diri ibu.  

Gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat

  1. Postpartum blues/  Baby blues

Depresi yang paling ringan. Biasanya, ia timbul antara 2 hari hingga 2 minggu setelah melahirkan bayi. Terdapat beberapa tanda  antaranya, pesakit selalu berasa sedih, sering menangis, dan sensitif.  Sokongan dari ahli keluarga samada dari suami serta keluarga biasanya sudah cukup untuk membantu pesakit melalui waktu-waktu yang sukar ini.

2 -Postpartum Depression (PPD)

Depresi yang lebih serius. Bezanya dengan baby blues dari segi frekuensi, intensiti, dan tempoh ia berlaku. Masalah tidur adalah satu cara untuk membeza kan keduanya. Jika pesakit sentiasa berasa gelisah sehingga tidak boleh tidur, kemungkin besar ia mengalami PPD. PPD mungkin wujud selepas 2 minggu hingga setahun setelah anda melahirkan anak. Gejalanya? Anda merasa tidak bermaya, gelisah, bimbang akan menyakiti si kecil, sukar menumpukan perhatian, tiada nafsu makan, berat badan menurun, berasa bersalah, dan sebagainya. Seringkali, PPD juga terjadi kerana stress, pesakit merasa seperti tidak sanggup untuk menjalani peranan baru sebagai seorang ibu .

3.Postpartum psychosis (gila meroyan).

Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita profesional.

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.Pendapat terkini mengatakan penyakit gila meroyan (postpartum psychosis) juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita selepas bersalin.

meroyan

CARA BERPANTANG

Daripada kajian, ada sedikit sebanyak kesan positif bagi ibu-ibu muda yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang kerana ia dapat mengurangkan risiko kemurungan.Faktor emosi juga memainkan peranan. Mereka mungkin merasakan belum bersedia untuk menjadi seorang ibu. Ditambah lagi jika pasangan mempunyai masalah kewangan untuk membesarkan bayi.

Kurang sokongan daripada suami atau keluarga pastinya akan memburukkan lagi keadaan si ibuKajian tersebut turut mendapati ibu muda berpeluang berbual-bual sambil meluahkan perasaan semasa menjalani prosedur tersebut yang pada kebiasaannya berlangsung selama 2 jam sehari dalam jangka masa 2 minggu pertama selepas bersalin. Perbualan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan stres yang dialami oleh ibu muda tersebut.

Untuk kestabilan pengecutan rahim yang

Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga 1 atau 2 tahun selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang. Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan.Kemudiannya,akan mengalami emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis.

Psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.

Ada kalangan pesakit yang beranggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka (25%) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit membunuh bayi dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi mereka sendiri. Kadar bunuh diri dalam kalangan ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi.

Untitled buah

PANDUAN

Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.

Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan. Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian bagi membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain  kerana anda masih lemah.Perlu dapatkan rawatan PROFESIONAL  untuk ketepatan ubatan yang akan di berikan

Rehat yang cukup sangat penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang. Beri masa untuk diri anda sendiri. Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat  penting dititikberatkan untuk kembali cergas.. pilihan menu disini boleh membantu 

No comments yet.

Leave a comment