Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Menu Harian , easy as A, B, C.

Kenduri/Open House


MEMASAK UNTUK RUMAH TERBUKA

cara-cara untuk memasak dalam kuantiti yang banyak terutama jika kita hendak memasak nasi buat makan 50 orang. Ayam berapa ekor,daging berapa kilo. Jika memasak ayam atau daging okkah tidak memasak pada malamnya .sebelum majlis besoknya?

Secara amnya, terdapat beberapa faktor yg perlu diambilkira bila menyediakan jamuan yg melibatkan tetamu yg ramai. Biasanya orang-orang di kampung makan lebih banyak nasi dari orang-orang di bandar?

Contohnya, nasi utk orang kampung seramai 50 orang adalah 16 pot (tin susu beras yg kecil, lebihkurang 280 g = 1 pot) manakala utk orang bandar seramai 50 orang adalah 14 pot. Jika tetamu itu semuanya dewasa atau separuhnya kanak-kanak, puan perlu membuat perubahan yg perlu.

Jika purata 50 orang = 15 pot = 4.2 kg beras. Jika beras Basmathi (utk nasi beriani, nasi minyak, nasi tomato dll) perlu dilebihkan kerana berasnya tidak kembang seperti nasi biasa.

ANGGARAN UMUM 10 KILO BERASMATHI UNTUK 100 ORANG

Bagi ayam pula, bergantung pada saiznya. Lazimnya, utk membuat kari atau kurma, kita memotong seekor ayam menjadi 12 bahagian. Seandainya seorang mengambil satu bahagian, kita perlukan 4 1/2 atau 5 ekor. Perlu diperhatikan di sini, kari juga mempunyai kentang, tomato dll yg akan “menambah” lauk kari itu sendiri.

Untuk daging, terpulang pada berapa keping atau ketul yg dipotong. Selalunya, utk 50 orang, puan perlukan 3-4 kg daging. Untuk rendang, mungkin lebih sedikit. Dapatkan daging batang pinang yg mudah empuk. Jika memasak kurma atau kari, masukkan ubi kentang anggaran 2 kg.

Manakala bagi sayur, bergantung juga pada jenis resepinya. Selalunya, jikalau hendak membuat acar mentah (jelatah), gunakan 5 biji timun, 4 batang lobak merah dan 3 labu bawang besar. Semuanya adalah anggaran kerana sukar utk mendapatkan sukatan yg tepat (kecuali seseorang itu membuat perniagaan “catering”)

Jika ingin memasak ayam untuk Masak Merah, contohnya, adalah boleh menggorengnya terlebih dulu pada malamnya dan mengisar semua bahan yg diperlukan sebelum menumis keesokan paginya. Untuk kurma atau kari, boleh juga mengukus ayam yg dicampur sedikit garam dan diletak di dalam loyang (supaya airnya boleh terkumpul) pada malamnya sebelum dimasukkan ke dalam kuahnya (yg ditumis pagi hari). Daging untuk rendang lazimnya dimasak pada malamnya kerana ini akan membuat rendang itu lebih enak. Ini adalah sebagai panduan asas. Bila kita sudah seringkali menyediakan makanan utk tetamu yg ramai, dengan sendirinya akan menjadi lebih arif.

Usah terlalu risau jika makanan tidak mencukupi ,di nasihatkan agar menyediakan bahan asas membuat Mee/Bihun Goreng, contohnya, kerana jika tetamu datang lebih dari jangkaan (nasi/lauk habis cepat), kita berupaya menghidangkan Mee/Bihun Goreng dalam “sekelip mata.”

Di anggarkan 1 paket mee (500 g) adalah utk 5-6 orang dewasa (100 g seorang). Sila ambil kira jikalau ada makanan lain yg turut dihidangkan.

NOTA;

Untuk dapat kehidupan yang lebih bagus,dari segi kewangan dankesihatan .Ubah Minda set kita.Satu Perkongsian, bagaimanakah cara supaya  kita boleh cukup dana untuk membuat open house setiap tahun.                                                         

Cara nya , kita mesti Rancang dan buat simpanan perbulan , sedikit tak mengapa , dengan syarat mesti konsistan .Cara pengumpulan ini telah berjaya dan di buktikan..Walau gaji rendah, pendapatan biasa2 kita mampu mengumpul dana dan diwaktu yang sama boleh berbelanja seperti biasa .Bagaimana tu?? , Sila baca Pautan DISINI

Buat penjimatan kewangan, Berbelanja di supermarket yang betul dan diyakini peroduknya dengan  nilai. Anda pengguna mesti bijak memilih tempat belanja yang  terbaik .Belanja pun bolehdapat income. Tahu tak??Mulai hari ini berbelanjalah di sini. SUPERMARKET ONLINE MALL .Cari dulu keperluan anda seperti syampo, sabun, penyental periuk, tisu, barang penjagaan diri, barang keperluan dapor  dan barang-barang kesihatan  disini dahulu.Jika tiada di jual, baru anda berbelanja di pasaraya di luar sana

Melalui teknologi  digital, segalanya sangat mudah.kini  kita boleh berurusan  hanya melalui mobile phone  dimana juga kita berada. Rebutlah peluang  era Teknologi Merentasi Dunia ini untuk berimpian. Segalanya,  sangat  mudah  hanya di hujung jari .

Be FREEDOM TIME, MONEY AND HEALTH.

63 Comments »

  1. Asalamualaikum,

    Firstly, let me thank you for putting this info in ur blog. Ive been searching for this but never thought dat someone would be kind enough to post this up.

    This will help me alot

    Thanks again.

    P/S can I post this in my blog ? ( Ive only just started to blog fearing after years of wanting to but never make an effort to do so.)

    Comment by Dzya | January 19, 2010 | Reply

    • Waalikumusalam, better you write on the new topic, if you think this info good and wanted others to know just links to my blog. So readers not boring read on the same info. That is my opinion

      Comment by cook4u | February 1, 2010 | Reply

  2. Terima Kasih untuk info yang sgt berharga. Keep on writing!

    Comment by Neddie | January 28, 2010 | Reply

    • Thanks

      Comment by cook4u | February 1, 2010 | Reply

      • Salam nk tnya klu masa soto impit sup tu ayam berapa ekor ya utk 100org mkn

        Comment by Azie | June 20, 2019

  3. Sangat berguna info anda, memudahkan 2/3 x open house saya tiap tahun. Thank u so much.

    Comment by shida | July 22, 2010 | Reply

  4. Salam,tgh survey apa nak masak n tips2nya untuk buat my first open house raya nanti,come across page ni.berguna sungguh.thanks!

    Comment by sha | August 10, 2010 | Reply

    • Okey,moga anda sukses!!!

      Comment by cook4u | August 13, 2010 | Reply

  5. […] Resepi Kenduri/Open House […]

    Pingback by 2010 in review « Cepat Dimasak Sedap Dimakan | January 6, 2011 | Reply

  6. salam…
    Info yang sangat berguna..
    Terima kasih

    Comment by phoenixbangkittikah | September 7, 2011 | Reply

  7. Terima kasih.. info yang sangat bermanfaat

    Comment by Kurma | September 9, 2011 | Reply

  8. As salam……alhamdulillah…..bagus tuk org mcm sy..

    Comment by azura salim | September 13, 2011 | Reply

  9. salam
    nak tnye klu masak asam pedas untuk 100kg ikan pula,harus menggunakan cili kering brp kg?

    Comment by Siti Noraini Misbah | October 10, 2011 | Reply

    • Ada orang suka pedas, ada yang tidak, jadi bergantung lah………untuk selamat tumis lada dulu dan angkat .Masak seperti biasa ,,,,,jika kurang pedas masukkan cili yang kita dah tumis tadi ….lebih selamat.Perlu di ingat cili kering ni ada bermacam jenis; yang kerinting lebih pedas. 2 kilo pun cukup

      Comment by cook4u | September 7, 2012 | Reply

  10. Assalamualaikummm…

    Wuah sangat berguna artikel ni. Thanks tuan umahh 😀

    Saya ni 1st time nak buat makan2 utk 50org sempena besday my lil prince yg pertama…nasib baik bila google jumpa link ni. Thanks a lot!! 😀

    Comment by ciarere baha | October 17, 2011 | Reply

  11. mcm mn sukatan dalca sayur utk 100 org..jelatah utk 100 org?

    Comment by alia | November 23, 2011 | Reply

  12. salam.. terima kasih atas ilmu yg d beri…

    Comment by amie | December 7, 2011 | Reply

  13. thnks a lot. info yg sgt membantu saya.wink*

    Comment by nadiah | January 24, 2012 | Reply

  14. salam sy nak tnye,1. bagaimana sukatan beras untuk 100 orang makan menggunakan beras biasa bukan beras basmathi. 2. bagaimana cara nak buat gulai ayam untuk 100 makan dan berapa ekor diperlukan, boleh minta resepi tak? sebab sy baru kali pertama nak masak sendiri untuk kenduri doa selamat dan sy nak menyakinkan ibu saya yang saya dan adik beradik boleh buat.

    Comment by shamsinar | March 29, 2012 | Reply

    • Beras biasa agak muai , 8 kilo ….insyaAllah cukup

      Comment by cook4u | September 7, 2012 | Reply

  15. cari info utk buat open house … thnx sharing ^^

    Comment by yana | August 30, 2012 | Reply

  16. Assalamualaikum. nak tunpang tanya.

    agknya kalau nak buat mihun soto, ayam yang diperlukan berapa ekor agaknya untuk dicarik isinya?

    Comment by shahrizah | September 4, 2012 | Reply

    • Lima ekor ayam boleh untuk 50 0rang makan

      Comment by cook4u | September 7, 2012 | Reply

  17. saya ingin tahu..berapa kilo mee kuning yg. diperlukan untuk makan 100 org mee soto…

    Comment by Datin Farieda | September 11, 2012 | Reply

    • Anggaran 15- ke 17 kilo dah cukup.Bergantung kepada makanan lain yang disediakan. Kalau banyak makanan berat kurangkan …….

      Comment by cook4u | September 25, 2012 | Reply

  18. Bagaimana pula kalau saya ingin buat mihun sup + soto untuk 50 org? berape bungkus mee hun , berape paket nasi impit, berape ekor ayam, taugeh?

    Comment by syima | October 11, 2012 | Reply

  19. Kalau saya beras basmathi 6 kilo dhckp utk 100 pax

    Comment by netty | October 22, 2012 | Reply

    • Kalau untuk 160org brape kg ye yg diprlukn

      Comment by Ina | September 7, 2018 | Reply

  20. macam mana sukatan beras, ayam goreng, sweet n sour fish & mix vege untuk 35org makan?

    Comment by Atika | November 2, 2012 | Reply

  21. ske sgt ngn info n maklumt nie,sy pon ngh t’cari nie..time kaseh yer..

    Comment by qilla syakilla | December 4, 2012 | Reply

  22. boleh mintak resepi mihun goreng dan mee goreng untuk 30 org mkn, untuk open house.

    Comment by mizz | February 16, 2013 | Reply

  23. […] Resepi Kenduri/Open House […]

    Pingback by Review Award 2010 « Cepat Dimasak Sedap Dimakan | May 18, 2013 | Reply

  24. TERIMA KASIH BRU BERJINAK2 BUAT KATERING KECIL2AN.. SANGAT BERGUNA INFO INI..

    Comment by MAYANG | June 19, 2013 | Reply

  25. salam…kalau nk masak kenduri untuk 100 org, brapa ketul ayam harus disediakan. maklumlah…tak kan sorang makan seketul kan. atau bpa ekor ayam nak disediakan dan ayam potong brapa. t. kasih

    Comment by aini | June 20, 2013 | Reply

  26. hello, nak tanya klu brapa kilo ayam masak or ayam merah untuk 80 orang..

    Comment by jo | June 24, 2013 | Reply

  27. salam,
    nak tanya. kalau guna periuk nasi 10 liter, berapa kilo beras boleh masak

    Comment by adidah | August 18, 2013 | Reply

  28. Terima kasih atas perkongsian. Sangat berguna bagi saya dan ramai lagi rasanya. Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang banyak.

    Comment by najabakar | August 21, 2013 | Reply

  29. nak tanya, berapa pot beras basmathi untuk 30 org makan, ayam kalu 2 ekor cukup?nak buat nasi tomato

    Comment by Mrs Pink | September 11, 2013 | Reply

  30. Terimakasih beri tunjuk ajak masak untuk rumah terbuka

    Comment by Yati | October 9, 2013 | Reply

  31. Terima kasih diatas maklumat yg diberikan,minta izin untuk berkongsi sama,selama ni mencari, akhir nya pagi jumaat yg barKah ni,terbaca.alhamdulillah.

    Comment by AiniRapae | December 27, 2013 | Reply

  32. Thank you for the info… sangat berguna untuk buat open hoise kecil kecilan nanti…

    Comment by siti | March 19, 2014 | Reply

  33. Syukur sgt jumpa blog ni…dpt bantu budget rumah terbuka…terima kasih.

    Comment by hafiz | July 18, 2014 | Reply

  34. tq!!sooo helpful 🙂

    Comment by mrs.aisyah | August 4, 2014 | Reply

  35. hai…kalau saya masak mee kari kuah nya pakai ayam…nak campur fish cat gan bebola tu anggaran berapa peket yer…

    Comment by suzy | August 5, 2014 | Reply

  36. terima kasih atas perkonsian blog ini. semuga Allah berkati usaha anda.

    Comment by Mis Su | August 9, 2014 | Reply

  37. Perkongsian yang amat bermakna..syukran jazilan..

    Comment by cikgirl | November 25, 2014 | Reply

  38. Syukran info sgt membantu

    Comment by Segalanya tentang insurans @ takaful | May 2, 2015 | Reply

  39. Tumpang tanya, kalau sukatan rempah ratus macam mana pula ya? 🙂

    Comment by Mariana | August 24, 2015 | Reply

  40. assalam.berapa kg beras n mix vege diperlukan utk nasi goreng 75 orang makan/bungkus

    Comment by puan laila | September 28, 2015 | Reply

  41. Alhamdulilah akhir nya dapat jgk anggaran utk masak nasi minyak buat tahlil nnti….
    Terimakasih…. Sangat berharga

    Comment by Lai | December 14, 2015 | Reply

    • Assalamualaikum… Saya yana minta tolong bagi idea masakan yang sesuai untuk Majlis tunang yang mudah jimat Kos untuk 100 orang..plzzz

      Comment by yana | June 18, 2016 | Reply

  42. Salam,saya nak tanya,,kalau masak nasi dalam periuk elektrik kawah,,bagaimana nk kire sukatan air bg beras yg nk dimasak.please i need help.tq in advance.

    Comment by Anis atasha | March 20, 2016 | Reply

    • Anis atasha. .Sama la kita bila Masak byk2. ..selalu mentah. ..kena kusus sekali lg. .. 😟😪

      Comment by Sarah | July 30, 2016 | Reply

  43. Salam.nk tnya berapa kilo kacang tanah dperlukan utk masak kyag kacang 60 org mkn.

    Comment by Jemaah | September 10, 2016 | Reply

  44. Alhamdulillah syukur ada info bagi orang macam saya ni…. I Love You Fillah..

    Comment by zainab | December 9, 2016 | Reply

  45. Aslkm…sy nk tanya kalau masak ikan bilis goreng pedas untuk anggaran 40 org mkn brp kilo ikan bilis diperlukan

    Comment by Has | January 26, 2017 | Reply

  46. Terima kasih! Artikel ini banyak membantu saya dalam mengira dan menanggar kuantiti berapa yang hendak dibeli dan dimasak.

    Comment by Elin Laily | March 3, 2017 | Reply

  47. Kepala otak tuan hamba memang geliga.. Tq di atas info ini…

    Comment by brotherhb | April 19, 2017 | Reply

    • Sharing is Caring

      Comment by cook4u | September 13, 2017 | Reply

  48. Salam ,saya nak bertanye..ini pengalamam baru saye, kalau nk masak bihun goreng untuk 500 org,berape kilo bihun di perlukan..

    Comment by Dalina Nasution | September 29, 2017 | Reply

  49. Jazakallah Khairan Atas Infomasi Ini
    Semoga Anda Slalu DiRahmati & DiBerkati.
    Saya Juga Ingin Bertanya Brapa Quantity Untuk Memasak Dalca Untuk 50 Tetamu.
    May Allah Bless You Till Akhirat…
    Bidznillahi…

    Comment by ayu slender65 | October 22, 2017 | Reply

  50. Hi..Thanks for your information.
    Boleh tahu kalau Bihun goreng utk 50 orang..berapa pack perlu ye?

    Comment by Hanis | December 27, 2018 | Reply

  51. ilmu yg sgnt bermanafaat utk kita semua, tkasih

    Comment by asmah alias | October 1, 2019 | Reply


Leave a reply to cook4u Cancel reply