Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Menu Harian , easy as A, B, C.

Selera Suami

Jangan risau. Setiap lelaki mempunyai citarasa berbeza. Jadi, terpulang pada individu itu sendiri. Selalunya, jika dia berasal dari Negeri Sembilan, dia akan suka masakan pedas macam Gulai Lemak Cili Padi. Walaupun gulai yang di buat takkan sama dengan gulai yg emak dia buat, dia kena fikir bahawa dia kena makan gulai itu hingga ke akhir hayat (harap gitu la…).

Bila balik ke rumah emak mertua, tengok cara dia masak gulai tu. Nanti boleh le praktikkan kat dapur sendiri. Kalau bakal suami orang Utara, hah, dia paling suka kari. Tapi, kari kita takkan sama dengan kari yg emak atau nenek dia buat. Jangan berkecil hati sebab ini lumrah kehidupan. No one is perfect. Bila sediakan masakan, sediakan dengan penuh rasa kasih sayang & buat seikhlas mungkin.

Jika apa jua yg dimasak elok masam manisnya, kalau asam pedas kena pedasnya, okey la kira tu. Suami pun tahu isterinya bukan chef, kan? Ala, jangan tak tahu….suami chef pun kekadang komplen jugak masakan isteri. Maklumlah, ada masanya, ada harinya, semua yg dibuat serba tak kena. Sekali sekala tanyalah dia nak makan apa? Tapi jangan tanya hari-hari, nanti boring pulak dia. Kalau dia suka makan Western food, cubalah sediakan 2 atau 3 kali seminggu. Kalau dia suka makan nasi, boleh ke dia makan nasi biasa hari-hari? Nak juga Nasi Ayam, Nasi Beriani. Tapi, ada jugak suami yg suka masakan simple – Sambal Tumis, Sayur Goreng – tapi, masa muda-muda ni makanlah semuanya.

Bila dah berumur sikit & dihinggap penyakit, suami akan suruh masak capati, ikan kukus, sayur rebus (tiada minyak langsung) setiap hari….(sampai ‘jemu’ la kita!!). Kalau rajin, buatkan menu setiap hari untuk seminggu (biasanya hari Ahad) dan lekatkan di pintu peti sejuk. Kalau dia ada cadangan lain pada hari tertentu, Ajaklah sembang-sembang terutama kalau makan di luar sekali-sekala. Nanti dengan sendirinya akan tahu apa kesukaan cik abang, kan

Memang la masakan kite semua tak samaYang penting, kite rasa sedap dan tentunye orang lain pun kate sedap. Kalau kite sendiri pun tak boleh terima masakan kite, orang lain lebih lagi. Sedap atau tak sedap ni amat ‘relative’. jangan kedekut dengan bawang dan letak serai, daun kesum, asam jawa, gula dan belacan dan gunakan kunyit segar untuk warna yang menarik, gunakan cili segar untuk merah yang menawan dan jgn gunakan cili boh. Asam dan garam ikut rasa

suami tak terpikat jugak, mogok jgn masak!!!!

9 Comments »

  1. saya dah boring nk masak, hr2 ada je yg x kene dgn masakan saya.. hr2 jugak layari internet nk cari resepi..

    Comment by eida | July 3, 2008 | Reply

    • Sampai begitu……tahniah kerana anda berusaha membuat yang terbaik.Baca selawat tak waktu membasuh bahan masakan dan waktu memasak…… Jangan putus asa. Isteri yang baik akan selalu bersabar. Ingatlah cerita Aisyah dan Firaun

      Comment by cook4u | April 11, 2009 | Reply

  2. Alhamdulillah, suami n anak-anak tak pernah komplen apa saja yang saya masak. Kalau mereka teringin nak makan soto, suami saya akan beli bahan-bahannya n masak sendiri. Kadang-kadang kalau ada rezeki lebih, suami ajak saya n anak-anak makan di luar.

    Comment by Khadijah | December 21, 2009 | Reply

    • Tahniah,anda adalah salah seorang isteri dan ibu yang baik.Memasak untuk keluarga akan mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah jika melakukan dengan ikhlas kerana Allah

      Comment by cook4u | December 25, 2009 | Reply

  3. hi…
    walau pun sy blum bkahwin..sy suke bc ruang2 camni..
    sajer tuk tmbahkan pengalaman..
    sy ni akak sulung..ade 3 org lg adik2..
    depan mak segan nk masak(kononnyer mak x harap sgt la sy mask)..tapi klu mak takde sy mmg rajin try mskan yg baru..pastu mkn ngan adik beradik..seronok gak..
    sy suke sangt ruang2 nie.bnyk resepi dan nasihat dan ikutan yg perlu kita ketahui…
    terima kasih banyak2…

    Comment by yuzanna | January 2, 2010 | Reply

    • Bagus kalau cam tu, moga jadi isteri yang pandai memasak disatu masa nanti, Insyaalah.

      Comment by cook4u | February 1, 2010 | Reply

  4. ayat yang awak tulis too(kat artikal masak makan sendiri)..’makan waktu lapar,berhenti bila kenyang’…..salah….sebatutnya…’makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang’….coz kalau makan waktu lapar kita akan makan dengan banyak…dan berhenti bila kenyang bermaksud perut kita sudah penuh dengan makanan…hamba sekadar menegur…tqvm

    Comment by effendi | July 5, 2010 | Reply

    • Motif sebenarnya, makan dalam keadaan masa diperlukan ,jagan makan berlebihan.

      Comment by cook4u | July 7, 2010 | Reply

  5. memang betul part “makan waktu lapar, berhenti bila kenyang” perlu di perbetulkan. tapi apa yang anda perbetulkan masih salah. Bukan MAKAN SEBELUM LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG. Sepatutnya MAKAN BILA LAPAR DAN BERHENTI SEBELUM KENYANG. RENUNG-RENUNGKANLAH

    Comment by ZAINAL ABIDDIN SULAIMAN | April 27, 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: